Monday, 10 September 2012

Rumah pertama selepas kahwin

Bagi pasangan yg baru berkahwin, mungkin mcm2 yg dirancangkan. Nak pindah ke rumah baru (sewa or beli), nak beli perabot n kelengkapan rumah baru n mcm2 lagi yg dirancangkan..

Tapi biasanya sblm kahwin pasangan muda banyak simpan duit tuk persediaan belanja n kelengkapan perkahwinan mereka. Kebanyakannya lupa nak simpan duit tuk keperluan selepas kahwin. Ini biasa sgt terjadi.. Bagi yg selama ni tinggal di rumah sewa (sendiri or dgn kawan), mungkin ada la sikit2 perabut n kelengkapan rumah.. Tapi yg tinggal ngan parents, kompom dia cuma ada katil kahwin.. Banyak la yg diperlukan..

Hadiah perkahwinan dari saudara-mara n kengkawan banyak yg boleh digunakan di rumah baru nanti. Mungkin ada pinggan-mangkuk, dapur, kipas, oven, set periuk-belanga, set cawan kompom melambak.. Tapi sebenarnya banyak lagi yg perlu difikir.

Bagi pasangan yg akan berkahwin atau mungkin yg baru berkahwin (mungkin da lmbat skit nak buat ni), cuba duduk dan bincang bersama pasangan anda. Kat area mana nak sewa selepas menempuh alam perkahwinan, jarak perjalanan ke tempat kerja, anggaran sewa, kemudahan yg ada disekitarnya dan mcm2 lagi..


Jom kita bincangkan, Rumah yg kita cari mestilah x terlalu jauh dari tempat kerja bg kedua2 pasangan. Cari yg depan tempat kerja pun blum tentu kita mampu nak bayar sewa.. huhu.. Cuba cari di kawasan yg kita x perlu berpatah balik bg pasangan yg berkongsi kenderaan (kecuali salah seorang naik pengangkutan awam). Laluan yg sehala banyak kebaikan dari keburukan. Jika ada sebarang kecemasan, pasangan x banyak buang masa atas jalan. Sebelum cari jenis rumah yg nak disewa, pastikan budget untuk menyewa. Kadar biasa yg ada dlm otak adalah rm300 hingga rm500. Bab ni, anda perlulah menyemak balik jumlah gaji terkumpul bagi pasangan tersebut. Jika kedua2 bekerja, mungkin x begitu bermasalah, tapi jika cuma seorang yg bekerja, pastikan anda membuat keputusan yg betul. Jangan pilih rumah yg sedap mata family n kengkawan anda nak pandang, tp pilih rumah yg ideal bagi anda dan yg penting ideal bagi poket anda.. Selain tu, lihat ada tak kemudahan yg berhampiran rumah anda. Kedai runcit, bus stop, komuter/lrt stesen dan lain2 lagi.. Kedai amat penting dekat dgn kawasan rumah anda. Senang nak beli barang keperluan harian (andai terpaksa pergi sendiri sekiranya pasangan anda OT atau berlainan shift kerja). Kemudahan pengankutan awam mungkin kita perlukan kalau kenderaan kita masuk bengkel atau sebagainya.. Cuba dapatkan rumah yg budgetnya kurang dari 1/4 gaji anda. Supaya anda x tersedak nak bayar sewa or monthly installment..

Banyak barang kelengkapan rumah yg akan kita list down biasanya. Jika yg berkemampuan mungkin tidak menjadi masalah. Yang awal2 dah ada barang2 rumah pun mungkin x bermasalah. Tapi bagi yg baru nak menjenguk harga barang, mmg masalah besar. Fisrt, apa yg paling penting? Katil n almari kita mungkin x perlu beli. Cuba bawak yg kita bli untuk majlis kahwin yg gilang gemilang tu. Kecuali kalau katil tu mak bapak kita yg bli, kompom malu nak bawak. Barangan elektrik pula, cuba tgk balik kemampuan poket kita. Jgn sibuk nak penuhkan rumah, hujung bulan gaji kita tinggal rm50 sebab dah abis tolak hutang.



Peti ais lebih penting dari mesin basuh. Kita boleh simpan lauk lebih kat freez. Mesin basuh tu, tunggu abis utang peti ais. Sementara tu anda cuci la baju dalam baldi dulu.. Pastikan kita membeli merancang apa yg kita nak beli sblm kita beli sesuatu barangan. 

Persekitaran rumah baru tu lebih molek kalau kita tanam benda2 keperluan harian walau cuma dalam pasu. Daun kunyit, kari, serai n cili tu hampir setiap hari kita pakai. Walaupun harganya cuma x seberapa, tp duit tu kita boleh simpan utk beli keperluan lain.. Kalau boleh, cuba guna barang2 yg mak kita dah kurang pakai. X lawa x apa, yg penting banyak kita boleh berjimat. Langsir, tikar, pinggan mangkuk dan sebagainya.. 

Inilah ujian pertama dalam menempuh alam perkahwinan. Pasangan akan melihat cara kita buat keputusan berdasarkan akal atau perasaan. Mesti kita nak pasangan kita lihat kita dari sudut yg baik kan.. Jangan buat keputusan yg boleh menyebabkan kita x makan pulak nanti.. Pilihlah yg mampu dan menengangkan hati serta poket. Ada rezeki, Insyaallah kita akan memiliki kediaman yang kita impikan.. Menabunglah untuk rumah pertama anda.




Saturday, 8 September 2012

Belajar menabung

Housewife yg x brapa nak berduit slalu merungut bila nak beli sesuatu yg peribadi. Tak kira la nak bli Handbag ke, Make up ke, Baju ke, Kasut ke.. tp biasanya kita hanya mampu merungut dlm hati..

Suami kita plak mungkin x brape nak berduit, atau spesen punya kedekut or mmg kita x reti nak mintak2.. Tapi yang pasti kita mmg ada hati nak membeli bila terlihat sesuatu yg kita rasa cantik@berminat@mmg idaman kita kan.

Okay, I bisanya akan asingkan awal2 duit blanja dapur yg my hubby bg. Let say, dia bg I hundred ringgit maybe tuk 3,4 hari punya keperluan, biasanya I asingkan 10% dr jumlah keseluruhan yg I dpt.. Kat situ I dah ada rm10.. jeng..jeng..jeng.. just imagine brape I dpt tuk sebulan?? Kat situ je I dah ada rm70 kan..duit lebih2 bli barang2 or keperluar lain, shopping, isi minyak kereta, jgn guna x tentu hala.. Asingkan dlm tabung kita.. Maybe kita boleh mulakan perubahan baru, mintak dr hubby kita duit "sumbangan" maybe rm 50 a month?? Atau mungkin lebih kita bleh dpt.. 

Kebanyakan wanita hari nih mungkin pakai talifon prabayar kan.. Jgn bazirkan kredit anda tuk bercakap benda2 yg x penting. Lebih baik lg kalau kita sms je, whatsup, pm kat pesbuk or even IM pon bley.. jd, budget tuk bli topup tu kita bleh simpan bakinya.. 

barang2 dapur mesti kita yg beli kan.. So, start from today, jgn bli benda yg kita blum nak pakai. Contohnya mcm thousand island la, (sebb kita dok angan2 kalu mkn salad ni misti sedap) kompom membazir.. Apa yg perlu, cuba buat anggaran budget belanja dapur tuk sehari. Berapa biasanya kita berhabis? Bg yg punya keluarga 5 org (2 parents n 3 child) contohnya, bli yg perlu sahaja. jgn sampai buang sebb terlalu lama dlm freez sampai x lalu nak pakai.. Banyak I lihat benda ni berlaku dlm keluarga kita.. Jgn la plak hari2 kita nak mkn lauk sedap2.. Hmm, bukit tu kalau kena tarah hari2 pun bleh rata kan.. Kurangkan makan diluar pon bley kurangkan belanja kita. Hanya bli yg kita nak masak jer.. Yg masih dlm angan2 tu kita bley buat lain kali bunya blanja. 

Biasa kita akan nasihat anak2 kita di awal pagi sblm dia orang pg skolah. "Nanti duit lebih blanja simpan dlm tabung ye.. Blajar2 berjimat tau.." Tp adakah kita sendiri sbg yg memberi nasihat buat?? Masih ada ramai lagi yg tak buat apa yg kita cakap.. Belajarlah menabung walau cuma sepuluh sen!!

Tabungan amat penting untuk memdidik diri kita sendiri, malah keluarga kita.. jadi sapa2 yg blum ada tabung atau dah ada tp x guna pun, mulalah menabung hari ni. Tabung tu pun x perlu bli. Cukuplah kita guna barang yg bileh dikitar semula. Yang penting kita sendiri sebagai pemilik tabung kena blajar untuk menjadi seorang yg amanah, jgn ambik duit tabung tu tuk kegunaan selain yg ingin kita beli atau miliki.. Jumpa lagi :)